Thursday, 10 February 2011

Rintihan Cinta Kedua

Ku naik motor di perkampungan ku..
Ku bawa laju laju..
menikmati kelajuan.. 
PMR sudah menjelang..
namun aku.. hanyut dalam arus percintaan.. 


INILAH CINTA KEDUAKU..


Permulaan...


aku mula melayari alam percintaan buat kali kedua dalam hidupku setelah tiga tahun sepi tanpa berita cinta..
pada aku berumur 13tahun, aku melanjutkan pelajaran aku ke SMKA FALAHIAH.. salah satu sekolah yang memiliki nama yang gah dalam dunia akademik..
namun,  entri terbaru aku ini bukanlah ingin menceritakan tentang sekolah ku, tapi aku ingin menceritakan KISAH CINTA KEDUAKU..


aku pada zaman persekolahanku ialah seorang yang peramah dan berupa baik.. songkok dikepala, auratku dijaga rapi.. 
Ini kerana aku bersekolah di salah sebuah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA..
tapi walaupun begitu, aku tidak terelak daripada cengkaman cinta ini..


 AKU DAHULU KALA..


Isi isi penting..


Aku mula mengenali Falizawati(BUKAN NAMA SEBENAR) semasa aku berada di tingkatan tiga, iaitu ketika aku menaiki bas untuk ke pusat tuisyenku.. 
Aku melihat dia dan aku terus tertarik.. Aku mula membuat satu kajian tentang asal usul si dia..
dan yakni, research yang ku lakukan berjaya.. si dia merupakan sepupu kepada kawan aku..


Aku mula merapati si dia, memandangkan si dia merupakan sepupu kepada kawan ku.
Aku dan dia mula bertukar tukar nombor telefon dan 'contact' antara satu sama lain melalui teks pesanan ringkas..
bibit bibit cinta mula terukir.. dan aku, mula melamarnya.. menjadi sang pujanggaku.. 
Setiap hari ku berpesanan ringkas dan bercakap melalui talian telefon bimbit.. 



Dan pada ketika itulah banyak wang aku dihabiskan untuk 'topup'..
Bil telefon rumahku melambung naik.. 
Semuanya salahku..
Aku alpa dan hanyut dalam arus percintaan..
Lupa dunia, tidak memikirkan apa apa lagi..
Namun sedemikian...


 TOPUP KEALPAAN 


Pengakhiran..


Karena sedikit salah faham.. 
Jiwa aku memberontak kerana salah faham ini.. yakni, cinta monyet kedua yang tidak kesampaian..
Dan aku memutuskan hubungan aku dan Felizawati..Cinta kami berakhir.. 



 GAMBARAN FELIZAWATI (GAMBAR SEKADAR HIASAN) 


Ya, cinta zaman sekolah adalah cinta monyet, dan kita sebagai generasi muda tidak seharusnya lalai..
Aku sedar.. dan aku tidak mahu generasi selepas aku ini mengalami perkara yang sama.. 
Aku mula mendiamkan diri dalam dunia percintaan di lewat persekolahanku.. 
Aku berazam untuk melupakan segalanya dan fokusku hanya kepada study..(Aku yang baik)


 CINTA MONYET LAGI!! :O


 GAMBARAN AKU TENGAH STUDY




Sehinggalah perempuan teristimewa itu muncul...(nantikan RINTIHAN CINTA KETIGA)


PERHATIAN: Nama ex ku perlu dijaga untuk menjaga privacy masing masing. Nama Felizawati diberi atas alasan belas kasihan.. 

Tuesday, 8 February 2011

Rintihan Cinta Pertama

Ku duduk di sebuah taman..
Ku buai buaian laju-laju..
Menikmati pemandangan taman..
UPSR makin menjelang.. namun aku..
dibuai cinta monyet..
cinta darjah 6..

INILAH CINTA PERTAMAKU..

nak dijadikan cerita, aku berkecimpung dalam dunia percintaan ini ketika umur ku baru mencecah 12 tahun, iaitu di darjah 6..
Aku bercinta dengan si dia, Fiona (BUKAN NAMA SEBENAR) ketika aku mula menjejaki kelas darjah 6. 
Sampai ke marcapada ini, ak masih bingung memikirkan saat saat bibit cinta aku dengan si dia bermula.
Maklumlah, budak kecil katakan.. 
Bibit bibit cinta ak dengan si dia sangat indah..
gi tuisyen dajah 6 dulu, janji pakai baju sama colour..TOMEI TANGAT........!! :D
but, dat was so lame.. opss... terspeaking pulok.. (menggedik macam bloggers lain) :)




(GAMBAR SEKADAR HIASAN)
ni baju tomei pakai sama2 gi kelas tambahan.. 





Pastukan, ermmmm... kan.. dulu kan... kita suka awww tulis surat surat cinta.. (macam fatin liyana tak?)
hik hik hik.. 
Pastu part part last surat cinta mesti ending dia camni..

Pecah kaca, Pecah gelas,
Sudah baca, Harap balas..
Pen merah, pen biru, cikgu marah, I <3 U!!!! 
:D
SURAT YANG KU PUJA, KU SIMPAN, KU BACA.. OH INDAHNYA!! 




PEN MERAH + PEN BIRU = I LOVE U
                                                   jiwang kan? :)



time budak dulu memang rasa tomei tomei tangat.. tapi bila da besar rasa cam malu pulak..
Aduhaiii... aku adalah pujangga.. 
pastu bila da masuk form 1, terus break..
padahal takde masalah ape pon..
jadi percintaan daku dan FIONA adalah sementara..
CINTA MONYET itu bukan lagi dongeng, malah, benar sekali.. kata nujum.. 
jadi aku telah berjaya membuka satu ruang baru dalam hidupku, iaitu, mengenali maksud sebenar CINTA MONYET.. 








(GAMBAR SEKADAR HIASAN) 



PERHATIAN: Nama ex ku perlu dijaga untuk menjaga privacy masing masing. Nama Fiona diberi atas alasan belas kasihan.. 

Rintihan Cinta: Teaser

Pada kali ini, saya akan menceritakan kisah cinta yang pernah berlaku sepanjang hidup saya ini..


pasti anda semua terpinga pinga ingin mengetahui kisah cinta sakti saya kan? 


Di harap kalian dapat bersabar kerana post itu akan datang dalam masa terdekat ini..


Persoalan mengenai berapa kali saya bercinta, dengan siapa, bila, dimana akan terjawab dalam isu yang akan datang.. 


diharapkan semua sabar menunggu. 
Kisah ini akan menghuraikan apa yang dikatakan dengan maksud hukuman, nasib dan konspirasi..


NANTIKAN 


GAMBAR SEKADAR HIASAN

Monday, 7 February 2011

Rintihan Cinta Past, Present, Future

Dia pada suatu ketika dulu yang ku cintai, kini sudah mula menghilang dari pandangan ku....


Dulu, 
DUP DAP DUP DAP


Jantungku berdegup pabila ku ingin bertemunya..
Jari jemari ku bergegas menahan debaran itu..
Setiap cebis cebis cinta, ku semai menjadi dedaunan cinta yang sakti..
Alangkah indahnya saat cinta itu, namun, ianya konspirasi kepada sesuatu yang lebih baik dan baru..


Ku meninggalkan cinta itu.. Kau yang ku cintai.. 
Lantaran cinta yang lalu, ku mulai sedar..
sedar akan betapa khilafnya aku pada suatu ketika dulu


Kini,


DUP DUP DUP DUP DUP DUP DUP DUP..


Jantungku berdegup tenang..
Lantaran hidup ku yang baru..
Aku mula melebarkan sayapku ke dunia yang baru..
terbang ke arah lelangit biru nan jauh di atas..
Letih aku berterbangan, 
Aku berjalan..
menuju ke destinasi cinta yang ku cari..
Adakah akan hampir? 




ITU YANG MENJADI PERSOALANNYA..
tunggu kisah ku.. 
kisah cintaku.. 

Sunday, 6 February 2011

Rintihan Kekalahan

Hari ini saya telahpun dikalahkan sekali.. :(


menghancurkan rekod 26 tanpa kalah..
tapi macam omputih cakap, once in a lifetime..


jadi tiada lagi selepas ini..
semoga begitulah yang diharapkan.. :(



Saturday, 5 February 2011

Rintihan Sang Pemenang

Kini, sudah 2 hari berlaru rentetan rekod unbeatable ak dalam dunia fifa 2011..


jadi, aku akan mengulangi kejayaan ak dalam mengecapi saat saat gemilang aku pada masa yang lalu, iaitu rekod  sebulan tanpa kalah..


adakah aku akan berjaya mengekalkan rekod ini?? 


2 hari, dan 20 games, ak masih bisa belom dikalahkan,


Aziz, Kalid, Alip..
SILA BERIKAN TENTANGAN!

Friday, 4 February 2011

Rintihan Sang Rindu

Duppp Dapp Dupp Dapp 


Degup jantungku kencang apabila terdengar ringtone skype.. 


Teng Teng.. teng tennnnnn..


betol tak ringtone tu wahai rakanku? 
mesti salahkan? hik hik hik.. 
gedik pulak saya.. 
tomei kan? :)


bila ku lihat wajah skype itu, rupanya family ku di kejauhan menelefon.
aku bergegas menekan butang accept dan melihat raut raut wajah orang nun jauh di Malaysia..


ku tatap mesra wajah ayah, adik2, dan pak saudaraku, mak saudaraku.. (P/S: raya cina, jadi familyku,smua pak saudara dan mak saudara ku berkumpul di rumah nenekku)


ibuku tiada di situ karena mungkin dia sedang memasak bersama kalian yang lain..
adduhhhhh..
tak tertahan rinduku ini..


jikalau boleh, ingin ku terbang laksana burung yang terikat hanya di tali cinta, terus ke Malaysia tanah tumpah darahku..


Aku juga merindui budak2 math dan sosial di IPBA yang lain.. ingin ku gurau senda dengan bebudak itu, namun, terpaksa ku simpani hajat ku ini.. aku pedih.. aduh!! 





GAMBAR SEKADAR HIASAN