Thursday 17 February 2011

Rintihan Hari Jadi Tasha

Di entri kali ini. 
Aku ingin menceritakan liku liku perjalanan ku dalam menyiapkan video hari jadi Tasha..


Pertama sekali aku berguru dengan Adi Petra bagi meningkatkan stamina ku.. 
Aku berjaya pumping sebanyak 2000 dalam masa 5 purnama.. Muscle muscle ku naik dengan bantuan Adi Petra..
Lalu, setelah siap berguru dengan beliau, aku mula berguru dengan sifu May May..
Dialah yang melatih vokal aku untuk menyiapkan diri menyanyi lagu Happy Birthday untuk Tasha.. 


Akhir sekali, aku mencari pemuzik yang hebat, iaitu Mr Black, namun, perjalananku ini agak susah karena Mr Black menginginkan nombor kod untuk membolehkan aku meminta tolong beliau..


Jadi aku pergi ke Gunung Misteri, untuk mendapatkan nombor kod itu.
Yakni orang Indonesia itu telah membantu ku.. 
Aku bersyukur dan berjaya mendapatkan pertolongan Mr Black


Di video inilah aku telah berjaya mendokumentarikan perjalananku 


http://www.youtube.com/watch?v=LMn_BOykF-o



Inilah link kepada video tersebut.. 


saksikan..

Saturday 12 February 2011

Rintihan Yang Memang Betul

Entri Rintihan Cinta Ketiga terpaksa ditangguhkan lagi disebabkan kesibukan membuat popia dan juga masalah dalaman..


Entri kali ini saya ingin menceritakan tentang saya..
Ini memang rintihan..
Saya ada seorang rakan..
Lepas baik.. gaduh.. lepas baik sikit.. gaduh balik..


Kalau camtu, baik tak yah baik kan? dengan ini, saya nak offkan diri saya dari dia..
supaya takde gaduh gaduh lagi..
bijak tak idea saya?
:)


Untuk mengelakkan rintihan, pengorbanan perlu dilakukan.. 

Thursday 10 February 2011

Rintihan Pengumuman Penting!

Disini saya ingin mengumumkan update kepada rintihan cinta ketiga, iaitu post yang terbaru, belom bisa dikeluarkan kerana blogger wan syafiq mengalami masalah keletihan dan mengantuk serta masalah dalaman didalam diri penulis.. 


Jadi diharap kepada pembaca pembaca setia yang saya anggap sebagai sahabat, sabar menunggu entri terbaru saya..
Semoga kalian bersabar ya..
OK BAKALAKAU.. (tiru gaya stacy) 

Rintihan Cinta Kedua

Ku naik motor di perkampungan ku..
Ku bawa laju laju..
menikmati kelajuan.. 
PMR sudah menjelang..
namun aku.. hanyut dalam arus percintaan.. 


INILAH CINTA KEDUAKU..


Permulaan...


aku mula melayari alam percintaan buat kali kedua dalam hidupku setelah tiga tahun sepi tanpa berita cinta..
pada aku berumur 13tahun, aku melanjutkan pelajaran aku ke SMKA FALAHIAH.. salah satu sekolah yang memiliki nama yang gah dalam dunia akademik..
namun,  entri terbaru aku ini bukanlah ingin menceritakan tentang sekolah ku, tapi aku ingin menceritakan KISAH CINTA KEDUAKU..


aku pada zaman persekolahanku ialah seorang yang peramah dan berupa baik.. songkok dikepala, auratku dijaga rapi.. 
Ini kerana aku bersekolah di salah sebuah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA..
tapi walaupun begitu, aku tidak terelak daripada cengkaman cinta ini..


 AKU DAHULU KALA..


Isi isi penting..


Aku mula mengenali Falizawati(BUKAN NAMA SEBENAR) semasa aku berada di tingkatan tiga, iaitu ketika aku menaiki bas untuk ke pusat tuisyenku.. 
Aku melihat dia dan aku terus tertarik.. Aku mula membuat satu kajian tentang asal usul si dia..
dan yakni, research yang ku lakukan berjaya.. si dia merupakan sepupu kepada kawan aku..


Aku mula merapati si dia, memandangkan si dia merupakan sepupu kepada kawan ku.
Aku dan dia mula bertukar tukar nombor telefon dan 'contact' antara satu sama lain melalui teks pesanan ringkas..
bibit bibit cinta mula terukir.. dan aku, mula melamarnya.. menjadi sang pujanggaku.. 
Setiap hari ku berpesanan ringkas dan bercakap melalui talian telefon bimbit.. 



Dan pada ketika itulah banyak wang aku dihabiskan untuk 'topup'..
Bil telefon rumahku melambung naik.. 
Semuanya salahku..
Aku alpa dan hanyut dalam arus percintaan..
Lupa dunia, tidak memikirkan apa apa lagi..
Namun sedemikian...


 TOPUP KEALPAAN 


Pengakhiran..


Karena sedikit salah faham.. 
Jiwa aku memberontak kerana salah faham ini.. yakni, cinta monyet kedua yang tidak kesampaian..
Dan aku memutuskan hubungan aku dan Felizawati..Cinta kami berakhir.. 



 GAMBARAN FELIZAWATI (GAMBAR SEKADAR HIASAN) 


Ya, cinta zaman sekolah adalah cinta monyet, dan kita sebagai generasi muda tidak seharusnya lalai..
Aku sedar.. dan aku tidak mahu generasi selepas aku ini mengalami perkara yang sama.. 
Aku mula mendiamkan diri dalam dunia percintaan di lewat persekolahanku.. 
Aku berazam untuk melupakan segalanya dan fokusku hanya kepada study..(Aku yang baik)


 CINTA MONYET LAGI!! :O


 GAMBARAN AKU TENGAH STUDY




Sehinggalah perempuan teristimewa itu muncul...(nantikan RINTIHAN CINTA KETIGA)


PERHATIAN: Nama ex ku perlu dijaga untuk menjaga privacy masing masing. Nama Felizawati diberi atas alasan belas kasihan.. 

Tuesday 8 February 2011

Rintihan Cinta Pertama

Ku duduk di sebuah taman..
Ku buai buaian laju-laju..
Menikmati pemandangan taman..
UPSR makin menjelang.. namun aku..
dibuai cinta monyet..
cinta darjah 6..

INILAH CINTA PERTAMAKU..

nak dijadikan cerita, aku berkecimpung dalam dunia percintaan ini ketika umur ku baru mencecah 12 tahun, iaitu di darjah 6..
Aku bercinta dengan si dia, Fiona (BUKAN NAMA SEBENAR) ketika aku mula menjejaki kelas darjah 6. 
Sampai ke marcapada ini, ak masih bingung memikirkan saat saat bibit cinta aku dengan si dia bermula.
Maklumlah, budak kecil katakan.. 
Bibit bibit cinta ak dengan si dia sangat indah..
gi tuisyen dajah 6 dulu, janji pakai baju sama colour..TOMEI TANGAT........!! :D
but, dat was so lame.. opss... terspeaking pulok.. (menggedik macam bloggers lain) :)




(GAMBAR SEKADAR HIASAN)
ni baju tomei pakai sama2 gi kelas tambahan.. 





Pastukan, ermmmm... kan.. dulu kan... kita suka awww tulis surat surat cinta.. (macam fatin liyana tak?)
hik hik hik.. 
Pastu part part last surat cinta mesti ending dia camni..

Pecah kaca, Pecah gelas,
Sudah baca, Harap balas..
Pen merah, pen biru, cikgu marah, I <3 U!!!! 
:D
SURAT YANG KU PUJA, KU SIMPAN, KU BACA.. OH INDAHNYA!! 




PEN MERAH + PEN BIRU = I LOVE U
                                                   jiwang kan? :)



time budak dulu memang rasa tomei tomei tangat.. tapi bila da besar rasa cam malu pulak..
Aduhaiii... aku adalah pujangga.. 
pastu bila da masuk form 1, terus break..
padahal takde masalah ape pon..
jadi percintaan daku dan FIONA adalah sementara..
CINTA MONYET itu bukan lagi dongeng, malah, benar sekali.. kata nujum.. 
jadi aku telah berjaya membuka satu ruang baru dalam hidupku, iaitu, mengenali maksud sebenar CINTA MONYET.. 








(GAMBAR SEKADAR HIASAN) 



PERHATIAN: Nama ex ku perlu dijaga untuk menjaga privacy masing masing. Nama Fiona diberi atas alasan belas kasihan.. 

Rintihan Cinta: Teaser

Pada kali ini, saya akan menceritakan kisah cinta yang pernah berlaku sepanjang hidup saya ini..


pasti anda semua terpinga pinga ingin mengetahui kisah cinta sakti saya kan? 


Di harap kalian dapat bersabar kerana post itu akan datang dalam masa terdekat ini..


Persoalan mengenai berapa kali saya bercinta, dengan siapa, bila, dimana akan terjawab dalam isu yang akan datang.. 


diharapkan semua sabar menunggu. 
Kisah ini akan menghuraikan apa yang dikatakan dengan maksud hukuman, nasib dan konspirasi..


NANTIKAN 


GAMBAR SEKADAR HIASAN

Monday 7 February 2011

Rintihan Cinta Past, Present, Future

Dia pada suatu ketika dulu yang ku cintai, kini sudah mula menghilang dari pandangan ku....


Dulu, 
DUP DAP DUP DAP


Jantungku berdegup pabila ku ingin bertemunya..
Jari jemari ku bergegas menahan debaran itu..
Setiap cebis cebis cinta, ku semai menjadi dedaunan cinta yang sakti..
Alangkah indahnya saat cinta itu, namun, ianya konspirasi kepada sesuatu yang lebih baik dan baru..


Ku meninggalkan cinta itu.. Kau yang ku cintai.. 
Lantaran cinta yang lalu, ku mulai sedar..
sedar akan betapa khilafnya aku pada suatu ketika dulu


Kini,


DUP DUP DUP DUP DUP DUP DUP DUP..


Jantungku berdegup tenang..
Lantaran hidup ku yang baru..
Aku mula melebarkan sayapku ke dunia yang baru..
terbang ke arah lelangit biru nan jauh di atas..
Letih aku berterbangan, 
Aku berjalan..
menuju ke destinasi cinta yang ku cari..
Adakah akan hampir? 




ITU YANG MENJADI PERSOALANNYA..
tunggu kisah ku.. 
kisah cintaku.. 

Sunday 6 February 2011

Rintihan Kekalahan

Hari ini saya telahpun dikalahkan sekali.. :(


menghancurkan rekod 26 tanpa kalah..
tapi macam omputih cakap, once in a lifetime..


jadi tiada lagi selepas ini..
semoga begitulah yang diharapkan.. :(



Saturday 5 February 2011

Rintihan Sang Pemenang

Kini, sudah 2 hari berlaru rentetan rekod unbeatable ak dalam dunia fifa 2011..


jadi, aku akan mengulangi kejayaan ak dalam mengecapi saat saat gemilang aku pada masa yang lalu, iaitu rekod  sebulan tanpa kalah..


adakah aku akan berjaya mengekalkan rekod ini?? 


2 hari, dan 20 games, ak masih bisa belom dikalahkan,


Aziz, Kalid, Alip..
SILA BERIKAN TENTANGAN!

Friday 4 February 2011

Rintihan Sang Rindu

Duppp Dapp Dupp Dapp 


Degup jantungku kencang apabila terdengar ringtone skype.. 


Teng Teng.. teng tennnnnn..


betol tak ringtone tu wahai rakanku? 
mesti salahkan? hik hik hik.. 
gedik pulak saya.. 
tomei kan? :)


bila ku lihat wajah skype itu, rupanya family ku di kejauhan menelefon.
aku bergegas menekan butang accept dan melihat raut raut wajah orang nun jauh di Malaysia..


ku tatap mesra wajah ayah, adik2, dan pak saudaraku, mak saudaraku.. (P/S: raya cina, jadi familyku,smua pak saudara dan mak saudara ku berkumpul di rumah nenekku)


ibuku tiada di situ karena mungkin dia sedang memasak bersama kalian yang lain..
adduhhhhh..
tak tertahan rinduku ini..


jikalau boleh, ingin ku terbang laksana burung yang terikat hanya di tali cinta, terus ke Malaysia tanah tumpah darahku..


Aku juga merindui budak2 math dan sosial di IPBA yang lain.. ingin ku gurau senda dengan bebudak itu, namun, terpaksa ku simpani hajat ku ini.. aku pedih.. aduh!! 





GAMBAR SEKADAR HIASAN

Thursday 3 February 2011

Rintihan Si Pujangga

Pagi ini hatiku berdetik, akan debaran yang akan tercipta, sekiranya ak menjejak ke kelas dengan menggayakan rambut terbaru ku ini..




Puk Pak Puk Pak..


Aku berjalan.. 
hatiku terusik dengan sinaran matahari.. yakni, sinar pagi yang mencahayai hidup ini..
aku berjalan.. 


Puk Pak Puk Pak..


15 minit perjalananku terhenti..
noktah noktah perjalananku disulami dengan raut wajah ceria rakan2 sekelas ku..
semua memacarkan wajah pelik..
namun, aku masih bisa berjalan.. 


Puk Pak Puk Pak..


berjalan ker tempat dudukku..
Ya...


aku dengan imej terbaru memacarkan sinar aneh di muka setiap orang, namun, 
Aku adalah aku..




AKU SI PUJANGGA..~~ 

Wednesday 2 February 2011

Rintihan Rambut

Waaa...
setelah 7 bulan tidak memotong rambut gue, gue sudah berjaya memotongi nya...
jadi, gue dengan secara rasminya berambut pendek ikal mayang..


ini bukan pendek main2..
bahkan ini pendek yang betol!! 
gamba kependekan,
sebelum, selepas dan semasa akan diterbitkan oleh gue..




NANTIKAN!! 

Rintihan Assignment:Sequel

Kok kokkk kok kokkkkk..
ewahh.. bunyi ayam serama berkokok menandakan bahawa ak sudah berjaya menyiapkan dan menghantar asaimenku.. tapi.. pada waktu yang sama, hatiku bergolak memikirkan masa depanku..


adakah aku bisa hidup tanpa asaimen? 

karena asaimen ini adalah sumber sumber yakni cahaya hidupku..


walopon begitu, ak yakin, dengan datangnya asaimen yang lain, hidupku akan terus bersinar..
disebabkan tarikh ini ialah tarikh penghantaran asaimenku, mukaku monyok ibarat tidak memakan nasi selama setahun..
waduh2..


apa nak jadi dengan diriku ini? 


jadi, ingin ku mengatakan, aku cinta padamu asaimen...
:D 





Inilah gambaran asaimen kepadaku didalam benak mindaku..

Tuesday 1 February 2011

Rintihan Assignment.

waduh2..

malam ini baru gue mengingatinya.. bahawasanya, esok adalah tarikh keramat bagi penghantaran kerja Languange Awareness.. :(
namun gue masih belom bisa menyiapkannya.. adakah gue dapat menyiapkannya?
yakni dengan kebolehan gue, gue bisa menyiapkannya tapi bagaimana?

ya.. dengan bantuan powderman, S-man, HD man dan MD man, juga T-man, gue bisa menyiapkannya.. hoorreyyyyyyyyy
wink3

Rintihanku.. Betol Punya Rintihan

Aku merintih kesakitan hati..
aduhaiii..


Ini adalah disebabkan seorang perempuan itu....
Asyik dibebel sahaja.. 
Dimarahi..
Aduhaaiiiii..
Tak tertahan jiwa batinku.. :( 

Rintihan Dapur

Krokk krokk kokk kokk..


aduhai... perutku berbunyi lagi.. 
macam mana dapat ku atasi perkara ini?


dengan eloknya gue mencapai telur dan memasaki telur itu separuh masak..
dengan hebatnya, telur itu mencapai kemasakannya.. aduhai.. aku bersyukur, ak dapat menikmati kelazatan telur ini..


blurppp..
sendawaku terkesima..
alhamdulillah.. ak berjaya mengatasinya.. smiley skit.. ;)

Rintihan Jiwaku

Aduhaiiii.. lama betol kelas ICT sebegini.. tapi aku masih bisa bertahan dengan hati luluh ku.. seluruh jiwa ragaku.. waduh2.. penat banget..

seluruh jiwaku getar..

INILAH RINTIHAN JIWAKU.................................... :(

Kegelisahanku

Setelah memulai blog ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan ku di luar sana.. peminat peminatku.. alhamdulillah.. syukur kehadrat ilahi..

terima kasih kepada dyana hashim yang hebat, adikku ogy yang gorges.. amira sang pujangga harimau.. dan rakan2 ku yang lain.. tak lupa kepada gee san (nama jepunnye).. hihi.. bergedik pulak.. astaga..

ingin ku.. luahkan.. gelisahanku.. aduhaaiiiiii

Rintihanku

Ini adalah permulaan ku dalam dunia blogging ini.. apakah yang akan ku terima setelah sekian lama menyepi, dan kini, baru inginku berblog?
setelah Ana Luqman melakukan revolusi blog, dan kini, ak juga bisa berblog..

Inilah rintihanku..