Sunday 27 March 2011

Rintihan Cinta 'Pertama'

Ku taip lappy ku dengan keletihan..
Letih letih namun ku taip jua..

Ini merupakan Rintihan Cinta 'Pertama'
Ya.. 
Ini bukanlah cinta pertama yang betul betul pertama.. tapi inilah cinta pertama kepada gadis yang bukan aku panggil sebagai girlfriend.. tapi cinta kepada bakal isteri aku.. :D

Wahahaha.. disebabkan umur yang makin meningkat, dan datangnya pemikiran yang positif yang memikirkan masa depan, jadi, inilah masanya aku bertindak lebih serius dalam perhubungan.. disebabkan kelima lima cinta ku yang lalu melalui pengakhiran yang 'tragis', inilah saat aku bertimbang rasa dalam hal cinta ini..

Ya.. 
Inilah cinta pertama aku.. Cinta 'Pertama'

First time, aku suka kat orang yang aku tak suka..
First time, aku suka kat orang yang aku da kenal lama..
First time, aku suka kat orang yang ibunya suka kat aku yang agak handsome nie.. kwang kwang kwang..

Walaupun at first aku agak sukar menerima kehadirannya, tapi last last aku redha dengan ketentuan ini..
Kalo 2 tahun atau setahun lepas, memang tak arr.. diulang, memang tak ar nak amek dia jadi bakal isteri..
tapi, orang cakap, jodoh tak kemana.. last last, terjatuh gak kat budak nie..
Nak buat macam mana, usaha berterusan beliau yang cuba mengambil hati aku yang agak susah ini telah membuahkan hasil..
Aku pun menerima dia dengan seadanya atas takdir ini.. Walaupun begitu, aku amat bersyukur..
Yelah.. Apa apa benda yang aku dapat ini, sama ada baik atau buruk, aku bersyukur..
Itulah aku.. :P 
POYO kejap..

Tiada gambar yang perlu ungkapkan semua ini..
Tulisan ini juga tidak bermakna.. Yang penting.. HATI.. (BUAT BUAT SWEET skali skala)

selepas berbulan bulan, akhirnya aku mengalah..
Baru 2 hari lepas aku jatuh cinta..
Ya, aku cintakan TASHA.. 
PUAS ATI EVERYONE?  

im 21, and it's time to get married guys..(gaya fatin liyana jap)
tapi taknak kawen awal.. hik hik hik.. sebab aku anak manja, jadi nak bermanja dengan ibu sepenuhnya dulu. ill never get old.. :D
walopon da ada bakal isteri, tapi awek awek kena ada gak.. opsssss... sori ACHA.. 
Kwang kwang kwang.. jangan marah.. ;)

Monday 7 March 2011

Rintihan Cinta Ketiga Part 1

Pertama sekali, 
Saya nak meminta maaf kepada orang yang mencintai saya pada ketika ini..
Sebab rintihan cinta ketiga nie bukan lah sekadar rintihan tapi lebih kepada luahan, dan cara penulisan yang agak berlainan iaitu agak serius dan jiwang dan simple, disebabkan post ini bolehlah dikatakan 'agak' istimewa..
Kepada yang mencintai saya ketika ini, nasihat saya, tak patut lah baca post kali ini sebab post kali ini agak terlampau lar.. 
P/S: Perasaan jeles mungkin menguasai diri anda anda semua..


3 tahun lepas, boleh dikatakan, for the first time I was really really falling in love.. :P
Permulaannya begini, masa tu, saya dan rakan-rakan saya pergi bermain bowling dengan rakan baik saya ketika itu iaitu, Julia(Bukan Nama Sebenar). Julia pula membawa tiga orang rakannya bersama. Dan salah seorang rakannya ketika itu ialah si dia. Wahida. Ya. Itulah nama sebenar dia. First time tengok wahida kat bowling tu, nampak cam periang, takde lah sombong sangat kan. So, chill relax lepak ar ngan dia, Julia and rakan rakan. Dahlar badan dia cam kecik dan comel-comel gitu (memang taste Wan Syafiq lar). Boleh dikatakan terpikat ar tapi tak expect pon akan berkapel dengan dia. Lepas main bowling tu, gi la makan dengan Julia, dia dan rakan-rakan yang lain. Masa tu lar gurau-gurau dan dia boleh dikatakan sangat menarik lar..


Selang beberapa hari selepas itu, add lar dia kat Friendster. Pastu gurau lar pulak kat friendster. And balas bulletin kat Friendster. Alaa, kat Friendster kan ada bulletin kat sebelah kanan tu. Pastu balas-balas testimonial kat Friendster pulak. Pastu gaduh-gaduh cam sweet lar. Walaupon sebenarnya tak sweet pon. Pastu mitak no fon dia. Pastu masa tu ada promosi Maxis lak, kalo bayar RM3 dapat 1500 mesej free. So, mesej lar ngan dia time tu. Pastu mesej punya mesej, abes mesej free tu, chat lak kat YM..


Masa tu dia gi Johor, rumah mak sedara dia. Time tu lar asyik YM.. Dari pagi.. Pastu masa tu cam rasa dah mula minat dia tapi tak berani nak cakap lagi. Pastu YM lagi.. Mesej dia lah yang saya selalu tunggu.. Her message is too valuable.. Cehh.. pada masa tu jer lar.. :P
Pastu lepas berminggu minggu duk kat Johor, dia pun balik rumah.. Kat Kelantan.. YM agi.. Pastu boring YM, gi lak kat mesej.. Pastu boring mesej, bergayut pulak..
Memang kamceng abes ar time tu.. Pastu tanggal 2/5/2008, dia cakap something yang agak penting..
The words that i should said before her, but she did say earlier than me.. 
Dia cakap dia suka saya.. Dia minat saya.. Pastu mula-mula terkejut ar.. Pastu, dia mitak couple..
Dia cam malu-malu masa tu.. sebab pelik lar pompuan mitak ngan laki..
Saya pon reject lar sebab terkejut, pastu tak yakin ngan kapel nie sebab kawan ngan dia best la sangat, gurau-gurau selalu, gelak-gelak, chillout-chillout..(padahal dalam hati nak kapel)
Pastu tetiba dia nanges sebab dia cakap, dia tak penah pon mitak kapel before this, so, tak pernah lar rasa kena reject..
Pastu saya pon backup lar balik.. Ayat saya time tu, "rasa-rasanya tak sesuai lar couple time ni. cuba tengok tarikh hari ni.. 2/5.. cam tak lawa kan? apa kata kita kapel 5/5.. baru nampak lawa, so, before kita masuk dunia kapel nie, ape kata kita abeskan zaman persahabatan kita ni"
tu ayat ngurat ar tu.. sampai sekarang ingat lagi.. Pastu rasa cam loser gila.. ahaks..


Tanggal 5/5/2008.. Bermulalah kehidupan couple.. Cinta ketiga ni..
awal-awal agak awkward lar.. sebab tak tau nak panggil ape.. sebelum ni cakap "aku" "mung".
Pastu lama-lama, mula lar cakap jiwang-jiwang.. "aku" "mung" sudah tiada dalam kamus hidup kami..
Awal-awal couple memang best.. tapi lama-lama, sebab distance kot, rasa cam dah lain dah..
Saya dapat tawaran gi UIA, dia lak gi Matrik Kedah. Mesej agi time tu. Pastu dating tak pernah sebab busy pastu duk jauh. Cuti pon jarang sekali untuk budak-budak Matrik..
Pastu saya lak dapat masuk Maktab.. lagi beza masa cuti.. 
Walau macam mana pon, kami berjaya tempuhi semua tu.. 
Pastu ada satu cuti tu sempat lar jumpa..  Dan dating tersebut agak janggal..  
Sebab kitorang couple bukannya jumpa banyak kali.. Jumpa sekali time bowling tu, pastu kenal melalui chat ngan SMS..
Lepas cuti tu.. Berpisah jarak yang agak lama pulak..


Pastu dating lak kat KL.. dia datang ngan kawan dia, teman kawan dia kejap..
Pastu, dating Kelantan lak..dating lagi.. and..


Lepas tu lar semua benda berubah...Masalah demi masalah berlaku.. 


Nantikan Rintihan Cinta Ketiga Part Two