Friday 5 August 2011

Rintihan Cinta: 5 Days in Ipoh (2nd Day)

Ring.. Ringg... Ringggg...
Kedengaran bunyi telefon bimbit ku..
Aku mula terkapai-kapai lalu bangun menghala ke arah telefon itu..
Aku bingung.. Maklum sahajalah, tidur selewat 6 pagi dan bangun seawal 11 pagi bukan sesuatu yang mudah bagi pelajar seperti aku.. Aku berlalu bangun.. Si Dia kejutkanku kerana hari ini merupakan hari kedua date kami..
Aku berlari ke arah bilik mandi lalu mengerjakan rutin harian ku iaitu mandi..
Selesai mandi, aku cuba bergaya ala ala sederhana karena aku runsing pabila kami berdua berjalan bersama nanti, akan adanya suara suara yang tidak enak didengar berbunyi, "wahh, handsome lar abang tu.. kalau jadi pakwe aku kan bestttttt..."
aku cuba mengelakkan ayat seperti itu keluar dari mulut gadis-gadis karena aku ingin menjaga hati si Dia yang aku sayangi dan cintai.. jadi eloklah aku bersederhana dalam berpakaian, sesuai dengan si Dia..
Bak kata pepatah "Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi"..  :P
Aku keluar tepat pukul 11.30am dengan si Dia.. Lalu, kami menuju ke tasik UTP yang dikatakan cantik oleh si Dia..
kami berhenti di depan tasik, dan dengan terkejutnya, si Dia telah membawa bekal nasi goreng yang dimasak olehnya awal pagi tadi..
memang menjadi impian si Dia untuk memasak kepada diriku kerana si Dia ingin membuktikan bahawa si Dia juga pandai memasak seperti aku..
Ya, memang betul si Dia pandai memasak, tapi kepandaian memasak ku lagi hebat.... 
namun ku akui nasi goreng si Dia memang sedap, tapi sesedap sedap nasi gorengnya, nasi gorengku jua tetap terbaik.. 
Nasi goreng itu tidak ku makan dengan habis walaupun aku tahu sebiji beras ibarat setitik peluh petani, namun agendaku berbeza disini kerana aku ingin menikmati setiap biji2 nasi itu dan terasa sayang untuk menghabiskannya..
Selesai berada di tasik, kami berangkat pula ke JJ untuk menonton wayang Harry Potter dan Transformers yang telah kami janji untuk tontoni bersama..
Sesampainya ke JJ, kami berjalan bersama, namun kami masih bisa berpeluh..
mungkin inilah yang dikatakan debaran cinta.. Selepas itu kami singgah ke Secret Recipe untuk menjamu sedikit kek.. ini juga merupakan hasrat si Dia dengan katanya inginkan saat-saat makan kek bersama karena dia merasakan saat-saat itu cukup romantis.. Memang ayatnya cukup romantis, namun aku tidak bisa menghalang sikapku yang seringkali ingin muntah pabila mendengar ayat cinta dilafazkan..
Kami menonton wayang bersama, dan aku tidak bisa menutup mulutku karena filem Harry Potter yang agak menarik dan masyuk.. Si Dia pula statik ala-ala askar berkawad tatkala menonton filem itu..
Aku terpegun..
Selesai filem itu, aku keluar dengan muka yang agak sedih karena aku sedar itulah pengakhiran filem Harry Potter.. namun kesedihan itu tidak setinggi gunung kegembiraan pabila aku bersama si Dia..
Kami bergegas ke surau mengerjakan ibadat..
Selesai semua urusan itu, kami pergi pula menonton filem transformers..
Filem ini adalah satu kegagalan buatku karena aku tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya kerana diganggu masalah perut..
Aku cuba atasinya tapi ZUPPPPPP.. ZUPPPP.. (angin kedengaran)
Aku tidak berjaya mengatasinya walaupun dengan bantuan si Dia.. mungkin inilah yang dikatakan cabaran..
filem Transformers itu sangatlah boring.. mungkin juga karena aku tidak dapat fokus sepenuhnya..
tapi, asalkan aku bersama si Dia, semua duka jadi suka..
Selesai menonton wayang..Aku pergi ke KFC untuk membeli makanan lalu kami bergegas pulang ke UTP kerana hari sudah makin menghampiri gelap.. ya, dan kami masih melalui jalan-jalan yang gelap itu lagi..
aku akui banyak jalan-jalan yang tidak berlampu di Perak dan ini menimbulkan sedikit kerisauan kepada aku dan si Dia.. maklum sahajalah, UTP dibina di tempat yang agak jauh dari bandar..
Aku dan Dia sabar.. Namun detik detik makan KFC di dalam kereta sedikit sedikit menimbulkan memori memori indah bersama.. Gaya kami tak ubah seperti filem romantis korea yang menjadi kegilaan ramai muda mudi zaman ini..
Namun, sudah tentulah aku yang merupakan pelakon korea itu manakala si Dia mungkin boleh dikatakan pelakon hindustan.....
Jadi, situasi kami mungkin boleh dikatakan seperti Filem KOLYWOOD(korean+bolywood)..
Selesai detik detik KOLYWOOD, kami bergegas pulang dan dalam perjalan pulang, kami cuba menghabiskan sisa sisa makanan seperti nasi goreng..
Sesampainya ke UTP, kami mengajak kawan Si Dia untuk makan di restoran bersama kami..
Kawan Si Dia dengan nama panggilannya Kak Bi sempat bersuka ria bersama kami.. segala senda gurau dikongsi bersama.. Aku gembira kerana kawannya boleh bersenda gurau seperti itu denganku.. mungkin dengan personaliti aku yang agak senang ini disenangi orang ramai.. tidak salahkan aku berkata sebegitu?
AHAKSSS
selepas makan bersama dan berkongsi gurau bersama Kak Bi, kami pun pulang ke bilik masing-masing..
selepas sampai ke bilik, rakan-rakanku mengajakku keluar bercanda di tengah malam.
Aku yang keletihan ini melayan sahaja kehendak rakanku, karena inilah kali pertama aku berjumpa dengan mereka selepas 2 tahun berpisah..
Lalu kami berlima, Payek, Jede, Dro, Gajoh(semuanya nama panggilan bukan nama sebenar) dan aku pergi ke Lumut..
Perjalanan mengambil masa sejam.. dan kami gembira pabila sampai di sana..
McD menjadi tempat persinggahan kami.. dan selepas itu karaoke pula..
masing masing menunjukkan aksi nyanyian terlampau. namun aku gembira..
dan puas hati..
Aku berterima kasih kerana hubungan persahabatan kami masih kekal gembira seperti dahulu kala..
Selepas karaoke bersama, aku pulang kelesuan..
tepat pukul 4 pagi kami sampai ke UTP...
aku pulang ke bilik dengan badan penuh keletihan..
namun aku akur dengan keadaan ini dengan hati yang gembira..


.......

3 comments: