Saturday 30 July 2011

Rintihan Cinta: 5 Days in Ipoh (1st Day)

Disini ku ingin menceritakan kisah date Wan dan Nur tatkala cuti panjang 3 bulan..
walaupun kisah date ku ini tidak semegah Wafa Batrisya (bukan nama sebenar) yang mengambil gamba situ situ sana sini (ewah.. lagu siti nurhaliza jap), namun, aku tetap happy banget berjumpa dengan si dia.. 
Kisah ku bermula disini..


tikkk tookkk tikkk tookkk.. 
detik jam. selepas aku berhempas pulas ke stesen KL sentral.. 
aku kini menunggu train ETS.. 
train yang digembar gembur oleh rakanku dan juga rakan si dia yang mengatakan bahawa perjalanan ke Ipoh hanya mengambil masa 2 jam.. aku menunggu.. dan terus menunggu.. 
puas menunggu.. da tepat pukul 1.50 petang, train itu datang dan laluan ke train itu dibuka..
aku berjalan.. dupp dapp dupp dapp.. jantungku berdegup kencang.. 
maklum sahajalah, inilah pertama kali aku menaiki train ke Ipoh.. 
Aku melangkah masuk dan mencari seatku..
rupanya aku duduk disebelah amoi..selepas meletakkan beg, aku mula duduk..
dan train mula bergerak.. tonnnggggg... tonggggggg... (ala-ala bunyi train jana kuasa arang) 
amoi di sebelah aku khusyuk menalaah pelajaran.. aku stalk apa yang dia belajar sebentar..
selepas itu, aku mula menonton filem harrison ford zaman 90an.. agak tak best.. lalu aku tertido.. zzzzz..
sedang aku nyenyak tidur.. train tetiba berhenti.. aku tersedar dari lenaku.. jam menunjukkan pukul 3 petang.. train berhenti agak lama.. jadi aku mula terpinga.. 
rupanya ada masalah teknikal dan ia mengambil masa 20 mins.. aku mula pasrah..
begitu banyak cabaranku untuk ke ipoh.. 
jadi aku mula sabar..
2 jam yang dijanjikan menjadi 2 jam setengah.. .. "Sabor je lar", dengan loghat perak aku bersuara... amoi disebelah ku tidur nyenyak.. 
aku tak lena untuk tidur lagi.. jadi aku menunggu untuk sampai ke destinasi aku..
tepat jam 4.30 petang.. aku tiba di Batu Gajah, iaitu tempat yang dijanjikan oleh aku dan si dia.. 
tatkala aku keluar train, dan menuju ke pintu keluar stesen KTM Batu Gajah, aku mula melihat myvi hitam si dia.. rupanya beliau senyum lebar menungguku.. aku buat cool memendam hatiku yang berdebar.. karena inilah date pertamaku di Perak.. 
setelah menaiki myvi hitam itu, kami mula beredar menuju ke Jaya Jusco..
itulah persinggahan pertama kami.. Jaya Jusco..
dalam perjalanan kami, banyak senda gurau yang kami lontarkan..
masing masing bergelak ketawa dan tersenyum riang.. tapi yang pastinya, senyumanku lebih menawan dari si Dia..
sesampainya ke JJ, kami pergi mencari tiket Harry Potter Part 2, namun semuanya full..
ada satu kejadian semasa jual beli tiket, iaitu, dimana aku pergi ke kaunter berseorangan tapi si Dia pula di belakang tidak mengikuti ku.. aku mula merajuk.. sudahlah pula tiada tiket Harry Potter.. si Dia tidak menemaniku.. jadi aku akur.. dan merajuk sebentar.. 
jadi kami berkeputusan ke KFC dan kami mula menikmati kelazatan KFC.. rajukan ku terhenti seketika.. 
sudah lama ku mengidam kan makan di KFC bersama si Dia, kerana sebelum ini, KFC bukanlah tempat persinggahan makanan kami..
Jenama seperti Secret Recipe, Pizza Hut dan McD yang menjadi pilihan si Dia..
Namun, kali ini dia akur dengan pilihanku untuk makan di KFC.. 
Si Dia takut akan kegemukan pabila makan KFC, namun, ujarku senang, "Gemuk atau tidak, Hitam atau Cerah, aku tidak lihat pada rupa dan fizikal".. Ujar ku sweet dan bermakna..
Jika aku memandang rupa, sudah lama aku memilih artis-artis yang gilakanku..
aduhaii..
selepas makan KFC, kami ke surau untuk menunaikan solat asar.. selepas itu kami berjalan satu JJ.. tiada yang menarik.. jadi kami berkeputusan untuk menonton filem ops pocot yang agak tidak menarik.. selepas selesai urusan jual beli tiket, kami ke pusat permainan dan berlawan permainan kereta.. sudah pasti aku yang menjadi sang juara.. tak seperti si dia yang acap kali pengalah.. keputusannya, aku menang 2, seri satu dan si dia berjaya mengalahkan aku sekali.. tahniah diucapkan..
selepas itu kami ke surau lagi untuk maghrib.. dan selesai semua itu, kami berjalan lagi dan bergelak ketawa.. segala penat lelah aku ke Perak terubat sedikit demi sedikit, lama lama jadi bukit bukau.. 
zuppp.. zupppp.. zupppp.. bunyi angin.. opssiee.. angin ape? cuba teka? (rakanku yang mengenaliku mesti cukup kenal dengan bunyi angin itu) 
Selepas itu kami ke panggung wayang lalu menonton ops pocot..
kisah kumpulan Senario itu pada awalnya best tapi lama kelamaan, aku mula bosan..
Si Dia pula statik melihat filem itu malah masih ketawa..
Terdetik dalam hatiku ini, "Apa gila ka?" 
Aku yang tidak ketawa ini sabar..
Selepas wayang itu, kami keluar.. si Dia happy melihat ops pocot, namun aku kelesuan..
mungkin lawak sebegitu tidak sesuai dengan minda matang aku yang hebat ini..
aku tersenyum..
selesai semua itu, kami pulang..
semasa pulang ke utp yang mengambil masa selama 45 minit plus minus, aku berborak dengan si Dia..
jalan ke utp sangat gelap.. gelap gelita..
namun cahaya cinta terang menyuluh kegelapan jalan itu..
walaupun si dia gelap, namun masih mampu menerangi hatiku ini..
kami pulang dengan muka lesu namun hati gembira..
Aku pulang lalu menumpang di bilik rakan-rakanku yang lain..
Alhamdulillah, aku mempunyai rakan-rakan yang ramai dan mesra yang sanggup menyediakan bilik untukku bermalam di UTP..
sesampai di bilik, aku dan rakan-rakanku berborak..
malah berkongsi benda-benda yang menarik..
ZZZZZZZZZZ..
aku mula tidur, tidak keruan untuk menunggu hari esok..
:) 


Selesai rintihan pertama.. 

2 comments:

  1. gediks! gagaga, punye la skema ayat tu :P

    ReplyDelete
  2. goli eden baco! dio tulis, cewek dio komen. po camni derrr?

    ReplyDelete